KERTAS CADANGAN PROJEL INOVASI DIGITAL
SUAP DIARI, TIAP HARI

Dihasilkan Oleh:
Aisyah Aaminin binti Idris
Caroline Liew Xiao Hung
Siet Chai Lee
1.0     PENGENALAN
Projek inovasi yang dihasilkan bernama SUAP DIARI, TIAP HARI dan boleh juga disebut sebagai SUAP DIARI. Projek ini berteraskan teknik SUAP. Teknik SUAP merupakan singkatan yang diambil daripada teknik Situasi, Ucapan, Aktiviti dan Perasaan. Projek ini dipilih bedasarkan perbincangaan yang melibatkan beberapa orang pelajar dari kelas PISMP C8 dalam kursus Inovasi Digital dalam Pendidikan. Teknik SUAP ini adalah hasil inovasi yang dikaitkan dengan model Pembelajaran Trialogikal tentang langkah-langkah menulis karangan yang berbentuk naratif
Kemahiran menulis adalah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui (Hasnah Mohamed, 2016). Dengan itu, murid digalakkan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Antara elemen yang ditekankan dalam kemahiran menulis ialah penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, variasi ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. 
Berikutan dengan penjelasan tersebut, kami telah memilih teknik ini untuk diaplikasikan ke dalam penulisan karangan jenis naratif bagi membimbing murid menulis karangan dengan teratur berdasarkan pengalaman yang murid sedia ada. Teknik ini adalah selari dengan cara penulisan seorang blogger yang berkongsi pengalamannya untuk pembacaan orang awam. Oleh yang demikian, kami telah menginovasikan SUAP DIARI ini dengan mengadaptasi langkah-langkah untuk menjadi seorang blogger yang bergaya.



2.0     RASIONAL
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baharu. Bagi membentuk masyarakat yang berfikiran kreatif, usaha-usaha meningkatkan kualiti, kecekapan dan kemahiran berkornunikasi dan kemahiran menulis perlu dikembangkan dan dimantapkan di peringkat sekolah. Kemahiran menulis bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam bentuk karangan tertentu (Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman, 2011).
Penghasilan inovasi SUAP DIARI ini adalah bertepatan dengan kehendak kementerian yang berusaha untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif fan inovatif. Inovasi ini dipilih adalah bagi mewujudkan kembali suatu perkara yang pernah menjadi trend pada suatu ketika dahulu. Perkara yang dimaksudkan ialah blog yang menjadi tapak perkongsian pengalaman oleh individu mengenai peristiwa yang pernah dilaluinya. Melalui penulisan cara ini juga, murid bukan hanya dapat meningkatkan kemahiran menulis murid, malah juga mampu mewujudkan hubungan produktif antara kanak-kanak dengan masayarakat luar yang memberikan respon terhadap perkongsian yang dibuat.

3.0     PERNYATAAN MASALAH
Masalah yang dihadapi oleh murid dalam penulisan karangan adalah murid tidak dapat melahirkan idea  yang boleh membantunya membina karangan. Pemilihan idea perlulah bergantung kepada tajuk karangan dan hendak bersesuaian dengan tema yang terdapat dalam karangan. Selain itu juga, murid kurang mahir untuk mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan dengan betul. Melalui Teknik khas yang digunakan dalam inovasi ini, murid dapat dibimbing untuk menulis sesebuah krangan yang memenuhi aspek penulisan karangan naratif. Kanak-kanak zaman kini dikelilingi dengan pelbagai gajet-gajet sehingga membuatkan murid kurang mementingkan kemahiran berbahasa terutamananya kemahiran menulis. Melalui penggunaan inovasi digital yang dibina ini, minat murid akan dapat dipupuk sehinggalah menjadi seorang blogger cilik yang dikenali oleh masyarakat.



4.0     OBJEKTIF
Dalam inovasi SUAP DIARI tersebut, murid akan dapat:
·       melahirkan idea kreatif dan ilmu yang baharu dengan berlandaskan model Pembelajaran Trialogikal.
·       mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.
·       membina sesebuah karangan dengan mengaitkan pengalaman sebenar dalam pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
·       Mewujudkan suatu interaksi sosial yang aktif dengan komuniti yang lain melalui pengaplikasian TMK.

5.0     KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran pengguanan inovasi SUAP DIARI adalah bagi murid tahap dua di sekolah rendah. Guru bahasa Melayu juga dapat menggunakan inovasi digital ini bagi membantu guru dalam pengajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Selain daripada murid dan guru, masyarakat luar yang sedang berjinak-jinak untuk menjadi seorang blogger juga dapat  menggunakan inovasi ini bagi membimbing mereka melakar cara penulisan yang lenih teratur.

6.1   Cara Pelaksanaan Projek
Dalam menghasilkan inovasi SUAP DIARI, model Pembelajaran Trialogikal telah diaplikasikan bagi memudahkan proses pelaksanaan inovasi tersebut. Dengan ini, Model Generik yang dianggap suatu cara telah diaplikasikan dalam membuat keputusan kerana model ini meliputi kesemua fasa yang perlu dimiliki. Antaranya, fasa pertama yang menyatakan tujuan sebenar seperti yang dipaparkan pada kategori rasional, diikuti dengan penetapan skop dan batasan yang dianggap sebagai pengguna sasaran. Menurut Muhammad Izuan Abd Gani (2015), dengan menggunakan reka bentuk Model ADDIE, bagi menganalisis fasa Explicating Real Purpose and Need dan Fasa Framing, inovasi yang diperlukan ialah penetapan tema umum yang berkaitan dengan ilmu. Aspek yang diutamakan dalam inovasi SUAP ini adalah aspek kemahiran menulis karangan. Setelah itu, idea murid dikategorikan melalui kaedah sumbangsaran, iaitu mencetuskan SUAP kepada aspek suasana (S), ucapan (U), aktiviti (A) dan perasaan (P). Kesemua aspek tersebut akan ditetapkan dalam penulisan karangan. Seterusnya, fasa perancangan juga dicipta bagi mengenal pasti isu-isu yang akan dihadapi dalam inovasi tersebut. Sebelum melaksanakan inovasi SUAP DIARI ini, beberapa draf telah disediakan bagi tujuan semakan secara berulangan seperti dalam Lampiran 1. Situasi ini akan menjurus kepada pelaksanaan projek, iaitu penghasilan produk SUAP dan akhirnya akan disampaikan kepada pengguna yang disasarkan.  
Semasa perancangan dan pelaksanaan dalam inovasi SUAP tersebut, beberapa isu telah dikenal pasti, iaitu cara menyebarluaskan inovasi SUAP kepada pengguna sasaran dalam menyelesaikan pembinaan karangan sama ada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Seterusnya, isu keberkesanan dalam menggunakan inovasi SUAP DIARI oleh seseorang. Dalam konteks masalah ini, inovasi tersebut akan perlu dilihatkan pada penekanan input dalaman dan output luaran dalam tiga aspek, iaitu dari aspek mikro, makro dan akhirnya ke peringkat mega. Menurut Sheauyee Chin (2013), pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberifokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu. Dalam aspek mikro, murid akan dijadikan kumpulan sasaran bagi mendedahkan teknik SUAP dalam penulisan karangan di sekolah rendah, manakala seseorang pengguna yang telah didedahkan dengan teknik ini akan mengaplikasikannya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada peringkat makro dan mega. Seperti contoh, seseorang itu akan menjadi seorang blogger kreatif dalam menghasilkan sesebuah karangan yang berilmu.
RAJAH 1
Plan Projek Inovasi

Dengan merujuk Rajah 1, inovasi SUAP DIARI dianggap sebagai objek yang akan digunakan oleh pengguna sasaran dalam kehidupan sebenar. Dalam konteks penyelesaian masalah ini, pelbagai alat pembelajaran Trialogikal telah digunakan. Seperti dalam proses perancangan, alat Buncee sebagai aplikasi ruang virtual diperkenalkan dalam membangunkan produk inovasi tersebut. Bagi mengamalkan suatu persekitaran yang mampu berkongsikan ilmu secara dalaman, aplikasi Youtube dan Twitter telah diperkenalkan bagi mentransformasikan ilmu-ilmu yang ada pada alat Buncee kepada bahan video.
Seterusnya, SUAP DIARI ini mampu memaparkan refleksi dan hasil komen daripada seseorang pengguna dalam proses jangka masa yang panjang. Dalam menguruskan hubungan sosial yang berkisarkan inovasi SUAP DIARI, aplikasi Google Drive juga digunakan sebagai ruang pembelajaran. Situasi ini dapat dilihatkan perkhidmatan yang akan dapat membangkitkan suatu kesedaran mengenai inovasi SUAP DIARI selain menjejaki proses evolusi dalam pembinaan ilmu tersendiri yang baharu. 
 Dengan adanya ciri-ciri TPACK dalam aspek makro dan mega, pengguna akan menghuraikan pelbagai karangan seperti cerita, cerpen atau pengalaman hidup sendiri yang pelbagai dalam menggunakan teknik SUAP dalam pelbagai pengaplikasian yang diingini, seperti aplikasi blog. Situasi ini telah mewujudkan suatu pembelajaran Trialogikal yang amat berkesan kerana aplikasi blog dapat memperoleh refleksi dan maklum balas daripada orang lain. Hal ini bukan hanya menyelesaikan masalah seseorang dalam menulis karangan, malahan juga mencetus idea baharu dalam membentuk artifak ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran interaksi sosial dalam sesebuah komuniti dengan komuniti yang lain.
6.2   Maklum Balas Komuniti
Secara am, maklum balas adalah perspektif komuniti yang lazimnya berbentuk ucapan, penghargaan atau aduan. Maklumat balas merupakan elemen yang tidak boleh diabaikan ketika merancang sesuatu inovasi. Pencipta boleh meninjau sama ada kelebihan dan kelemahan yang wujud pada produk inovasi daripada pandangan pelbagai pihak. Cadangan penambahbaikan yang diperoleh daripada responden amat diperlukan ketika membuat refleksi terhadap produk. Dengan ini, sebarang maklum balas sangat dialu-alukan untuk meningkatkan kualiti penghasilan produk inovasi. Oleh yang demikian, kumpulan kami telah menyediakan satu borang maklum balas atas talian bagi mengumpulkan data-data atau pendapat komuniti bagi membuat penambagbaikan terhadap inovasi yang dihasilkan. Sila mengimbas kod QR berikut untuk mengakses borang maklum balas atas talian.
Rajah 2
Kod QR Borang Maklum Balas


7.0    KESIMPULAN
Kesimpulannya, inovasi SUAP DIARI ini dianggap penting bagi membantu seseorang murid dalam menjadi innovator kerana inovasi ini telah memiliki model Pembelajaran Trialogikal dan model Generik yang akan dapat membolehkan murid bagi mengaplikasikannya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh yang demikian, inovasi SUAP DIARI diharapkan dapat membantu seseorang murid yang disasarkan dengan bukan hanya menyelesaikan masalah dalam pembinaan karangan, tetapi juga dapat memiliki ciri-ciri TPACK dalam menjadikan diri sebagai seorang yang kreatif dan inovatif.
RUJUKAN

Hasnah Mohamed. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan melalui Penggunaan Track Changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction. Retrieved from http://www.mendeley.com/research/meningkatkan-kemahiran-menulis-karangan-melalui-penggunaan-track-changes
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Malay Language Education Journal (MyLEJ), 1(1), 67–87.
Muhammad Izuan Abd Gani. (2015). Model ADDIE dalam Proses Reka Bentuk Modul Pengajaran: Bahasa ArabTujuan Khas di Universiti Sains Islam Malaysia. Proceedings of the International Seminar on Language Teaching, ISeLT 2015.
Sheauyee Chin. (2013). Pengajaran Mikro dan Makro. Info Scribd: https://www.scribd.com/doc/164842150/Pengajaran-Mikro-Dan-Makro







LAMPIRAN 1
Draf Projek 1





LAMPIRAN 2
Draf Projek 2